| Universiti Putra Malaysia

UPM pupuk amalan kitar semula di kalangan komuniti Serdang

Oleh Khairul Ziana Kinainah



SERDANG, 15 Nov – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Hari Kitar Semula 2014 untuk memupuk amalan kitar semula di kalangan komuniti Serdang.

Program bertemakan ‘Kitar Semula Tanggungjawab Semua’ itu bertujuan memberi kesedaran kepada seluruh warga Serdang mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Pengarah UCTC  Dr. Hawa ZE Jaafar berkata amalan itu masih lagi belum menjadi tabiat warga Malaysia kerana ia melibatkan banyak pihak.



“Ia melibatkan banyak pihak bermula daripada individu yang menghasilkan sampah, pihak yang mengambil barangan kitar semula, pihak yang mengitar semula serta pihak yang mengambil barangan kitar semula, pihak yang mengitar semula serta pihak yang menjalankan program-program kesedaran kitar semula.

 “Oleh sebab itu, UCTC UPM dilihat memainkan peranan yang penting untuk mendekatkan warga kampus dengan komuniti berkaitan pemuliharaan alam sekitar dalam menguruskan sampah sarap harian secara berjadual dan berterusan,” katanya.

Ketua Setiausaha KPKT, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak berharap agar semua warga perkhidmatan awam turut mempraktikkan amalan kitar semula dan meyampaikan ilmu berkenaan kitar semula kepada keluarga dan masyarakat setempat mereka.

“Program ini untuk meyokong dasar hijau UPM dalam membudayakan amalan kitar semula dan seterusnya mewujudkan satu bentuk kerjasama antara staf UPM dan komuniti Serdang.

 



“Saya yakin bahawa negara akan berjaya mencapai sasaran pencapaian kadar kitar semula sebanyak 22% menjelang tahun 2020 melaui kempen kesedaran dan ‘Public Education’ ini,” katanya semasa merasmikan program yang dianjurkan bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Antara aktiviti lain ialah Berbasikal dalam Kampus UPM, 3R Hunt Korporat dan Awam, Penyampaian anugerah kepada sekolah-sekolah yang aktif dalam Kelab Kitar Semula, Pameran booth, pertandingan melukis mewarna dan pelbagai persembahan kebudayaan daripada warga komuniti.

Sementara itu, komuniti Serdang didedahkan dengan pameran dan demonstrasi penggunaan bahan kitar semula dalam pertanian bandaran, hidangan menarik dalam makanan, program kesedaran denggi, penggunaan dan kitar semula minyak masak terpakai, Bandar Biomass Serdang, Projek Vermicomposting dan Anaerobic Digestion, Bengkel Amalan Hijau: Warga Emas dan Pembudayaan Penggunaan Lestari, Green Mandate.

Program berterusan itu meletakkan sasaran mengurangkan sampah isi rumah sebanyak 40% pada tahun 2015 dan 60% komuniti Serdang mengasingkan sampah melalui pengasingan sisa buangan oleh isi rumah pada tahun 2016,

Sasaran lain ialah untuk menaikkan reputasi sebagai komuniti bersih dan masayrakat kitar semula, menjimatkan sekurang-kurangnya 10% daripada kos penyelenggaraan dan pengurusan bahan-bahan terbuang dalam masa setahun dan komuniti Serdang menghantar minyak masak terpakai ke pusat kitar semula.

 


SXETOAO~