| Universiti Putra Malaysia

UPM mengalu-alukan 3,291 pelajar baharu, menggerakkan kempen menghijaukan kampus

Oleh Noor Eszereen Juferi
Gambar oleh Marina Ismail



SERDANG, 4 Sept ((UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengalu-alukan 3,291 pelajar baharu hari ini dan menawarkan potongan yuran sebanyak RM300 untuk membeli sebuah basikal baharu sebagai sebahagian daripada langkah universiti mewujudkan sebuah kampus hijau.

Perkara ini diumumkan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan dalam ucapan alu-aluan beliau kepada pelajar-pelajar sesi 2013/2014 sebelum mereka mengucapkan ikrar melancarkan minggu perkasa mereka.

Beliau berkata kempen kampus hijau dilancarkan oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni meliputi kempen penggunaan basikal, Etika Penampilan Pelajar (etika pakaian sempurna) dan penggunaan sifar beg plastik polisterin  di dalam kampus.



“Saya difahamkan sehingga hari kedua pendaftaran pelajar baharu hari ini, sebanyak 414 basikal dibeli oleh mereka.

“UPM telah memberi komitmen dengan menyediakan prasarana yang terbaik seperti laluan basikal di dalam kampus dan juga tempat letak basikal yang selamat di kolej kediaman dan fakulti,” katanya.

Dalam ucapan sempena 100 hari berkhidmat April lalu, akan berbasikal ke pelbagai fakulti dan jabatan untuk melakukan pemeriksaan dan menyelesaikan masalah pasa setiap petang Jumaat.

Satu lagi kempen yang diteruskan di UPM melibatkan pelajar dan warga kerja yang boleh menggunakan tin dan botol kosong sebagai ‘bayaran’ untuk menyewa basikal mengelilingi kampus seluas 1,047 hektar di Serdang. (tidak termasuk  715.16 hektar di kampus cawangan di Bintulu).

Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata dalam usaha memudahkan pelajar berbasikal tidak lebih 10 minit untuk tiba di fakulti mereka dari kolej penginapan, penempatan pelajar telah disusunatur.

“Malah masa diatur untuk kuliah mereka juga bertujuan mengurangkan pergerakan pelajar. Ini bermakna bahawa pelajar digalakkan untuk berjalaan dan tidak memandu kenderaan mereka,” tegas beliau.



Naib Canselor UPM memberitahu matlamat beliau adalah agar 1,300 pelajar baharu membeli basikal sejajar kempen mewujudkan gaya hidup sihat dan riang, membaiki kualiti udara di kampus dan mengurangkan pencemaran dan kerosakan jalan raya.

Beliau juga berkata kekerapan perkhidmatan bas akan dikurangkan untuk sesetengah kolej penginapan di mana laluan basikal telah diadakan bagi pelajar-pelajar.

UPM adalah universiti pertama di negara ini yang menawarkan skim potongan yuran untuk menggalakkan ramai pelajar berbasikal di dalam kampus.

Mengenai penggunaan sifar plastik, Dr Fauzi berkata pelajar baharu akan diberikan bekas makanan dan minuman dalam beg pendaftaran mereka dan akan diberikan diskaun 20 sen apabila menggunakannya untuk membeli makanan dan minuman di kafeteria.



Di samping itu, penggunaan polisterin dilarang dalam semua majlis dianjurkan oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni selain semua kafeteria dibawahi kontrak UPM Holding.

Sejajar dengan reputasinya sebagai sebuah universiti dalam kelasnya yang tersendiri, beliau menekankan adalah wajar imej ditampilkan semua pelajar menggambarkan keadaan sebenar universiti yang dihormati dan disegani.

Dalam hubungan ini, peraturan pakaian sempurna bertujuan menggalakkan pelajar untuk berpakaian kemas dan sederhana di dalam kampus, terutama ketika menghadiri kuliah, berurusan dengan warga kerja universiti dan juga menyertai latihan.

Sebagai golongan cendekiawan masa depan negara, mereka seharusnya memaparkan imej diri yang menggambarkan kredibiliti mereka yang sebenar-sebenarnya.

Dr Fauzi juga berkata kempen kampus hijau adalah sebahagian rancangan universiti untuk mendapatkan penarafan MS ISO 14001: 2004 untuk Sistem Pengurusan Persekitaran (EMS) tahun ini.




Awal daripada ini, beliau memberitahu pelajar-pelajar itu bahawa mereka adalah “yang terbaik daripada kalangan terbaik” untuk diterima belajar di UPM yang mempunyai sejarah 82 tahun dengan pengajian di mana bidang pertanian merupai tunjang utamanya.

Mereka juga telah membuat pilihan yang tepat memilih untuk belajar di UPM, sebuah universiti penyelidikan berautonomi yang turut memberi tumpuan kepada kegiatan sukan dan luar darjah.

Warga pengajar terdiri daripada 194 profesor, 1960 pensyarah dan tutor,  68 pensyarah antarabangsa dan 123 profesor pelawat. Daripada jumlah ini,  73.1% berkelulusan PhD, 12.5% adalah profesor dan 23.4% Prof. Madya. – UPM

-nej/kgo


WXDdHAs~