| Universiti Putra Malaysia

UPM menang tiga Anugerah Buku Negara 2017

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

                                                      Dari kiri, Penerbit UPM, Pengerusi Yayasan Buku Negara, dan penulis buku Melaka Sketching  Dari kiri, Penerbit UPM bersama penulis buku Discovering   Birds

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Penerbit, Universiti Putra Malaysia(UPM) memenangi dua Anugerah Buku Negara bagi kategori Anugerah Industri Buku 2017, manakala Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit @ Sinon memenangi kategori Buku Terbitan Luar Negara Terbaik, pada Majlis Anugerah Buku Negara 2017.

Penerbit, UPM memenangi anugerah bagi kategori Buku Mewah Terbaik yang ditulis oleh Muhammad Syafiq Yahya, Chong Leong Puan, Zulkifli Ishak, Salleh Seikh Ibrahim, Sharifah Nur Atikah dan Mohamed Zakaria Hussin (Fakulti Perhutanan) bertajuk Discovering 100 Birds of UPM. 

Sebuah lagi buku berjudul Melaka Sketching Through Experience yang ditulis oleh Mohd Fairuz Shahidan, Faziawati Abdul Aziz dan Mohd Fabian Hasna (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) pula memenangi kategori BukuI lustrasi Terbaik.

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan memenangi kategori Buku Terbitan Luar Negara Terbaik berjudul Composite Materials: Concurrent Engineering Approach, Penerbit Butterwoth-Heinemann (Imprint of Elsevier).

 

  

Mereka masing-masing menerima plak dan sijil pada majlis anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara itu yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Anugerah yang diadakan setiap tahun itu bertujuan mengiktiraf dan menghargai warga penulis tanah air dan memberikan suntikan serta galakan kepada penulis, penerbit, editor buku dan pereka seluruh negara - UPM

 

SXDdOA~