| Universiti Putra Malaysia

UPM menang dua Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Marina Ismail

 

SERI KEMBANGAN, 28 Feb - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi dua anugerah, iaitu Kategori Pengiktirafan untuk Organisasi (Institut Pengajian Tinggi) dan Kategori Pengiktirafan Untuk Individu (Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Of The Year) Sektor Awam), pada Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Tahun 2019. 

 

Anugerah bagi Kategori Pengiktirafan untuk Organisasi (Institut Pengajian Tinggi) disampaikan kepada Pengarah, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM, Prof Madya Dr Mohd Rafee Baharudin, manakala bagi Kategori Pengiktirafan Untuk Individu (Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Of The Year) Sektor Awam) kepada Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato’ Amir Omar, di sini.

Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara itu adalah acara tahunan anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) bertujuan memberi pengiktirafan kebangsaan kepada Tokoh, Ketua Pegawai Eksekutif, Wartawan dan organisasi-organisasi daripada pelbagai sektor industri yang mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Anugerah berprestij itu adalah pengiktirafan kepada individu dan organisasi oleh kerajaan terhadap pencapaian cemerlang di dalam mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja. - UPM

WXETXA~