| Universiti Putra Malaysia

UPM Ke-40 universiti terbaik dunia bidang Agribusiness/Food Industry Management


Oleh: Nor Hazlina Zamaruddin

SERDANG, 21 Mei  - Universiti Putra Malaysia (UPM  disenaraikan pada tangga ke-40 universiti terbaik dunia dalam bidang Agribusiness/ Food Industry Management dalam penarafan Eduniversal Best Masters Ranking 2015/2016.

Prestasi ini juga telah meletakkan UPM sebagai 5 universiti terbaik di Asia.

Program Master of Business Administration (MBA) in Agricultural Management yang telah disenaraikan dalam penarafan ini dinilai menggunakan tiga kajian soal selidik iaitu kajian reputasi program, kajian jumlah pendapatan dalam pekerjaan yang pertama graduan serta kajian kepuasan pelajar.

Skor turut diberikan jika program pengajian sesebuah universiti itu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh pelajar daripada negara yang berasingan, 20% graduan menjalani latihan praktikal di luar negara, mengambil sekurang-kuranya lima pelajar yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan program yang menawarkan pengajian jarak jauh.

Program lain yang diraih UPM iaitu Master of Environment berjaya berada pada tangga ke-88 terbaik dunia.

Selain itu, Eduniversal Ranking juga turut menyenaraikan program MBA in Human Resources Management, Master in General Management (MBS Specialisation), MBA in Marketing, Master of Management in Information Technology, Master of Sciences in Accounting dan MBA (Finance) sebagai 200 program terbaik di Asia Tenggara.

Maklumat lanjut keputusan Eduniversal Best Masters Ranking 2015/2016 boleh didapati melalui http://www.best-masters.com/


WXDdPAb~