| Universiti Putra Malaysia

UPM kaji kebolehlaksanaan lembah tenusu di Sabah

Oleh: Pejabat TNCPI

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) akan bekerjasama dengan Kerajaan Sabah untuk membantu dalam mengkaji, merancang dan pembangunan lembah tenusu di wilayah Keningau.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan mencadangkan pusat kemudahan itu dibina di Tambunan. Lembah tenusu itu akan disokong oleh beberapa ladang satelit yang akan dibangunkan di kawasan rizab berumput berdekatan.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata ketika ini keluasan tanah rizab berumput Tambunan adalah 22,500 ekar tidak termasuk Bingkor dan Liawan  dalam wilayah Keningau.

Projek lembah tenusu di Sabah adalah satu daripada lima lembah tenusu di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara yang bertujuan memastikan kemandirian dalam pengeluaran susu segar domestik menjelang 2025.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus,  Pengarah Jabatan Veterinar Sabah (DVS) Dr. Peter Lee dan Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan UPM Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique. Dr.Jeffrey juga membuat kunjungan hormat kepada Naib Canselor UPM Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman. - UPM

SXDdAAU~