UPM - JAWHAR Kukuh Kerjasama Institusi Wakaf | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM - JAWHAR kukuh kerjasama institusi wakaf

UPM - JAWHAR kukuh kerjasama institusi wakaf


SERDANG, 28 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) untuk membangunkan institusi wakaf dengan lebih berkesan.

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf , Zakat dan Haji (JAWHAR), Datuk Anan C. Mohd berkata kerjasama itu ialah dalam bentuk penyelidikan, latihan profesional, penerbitan, penganjuran persidangan dan seminar dari semasa ke semasa.

“Penyelidikan bersama dalam wakaf seperti isu kontemporari, serantau dan global diharapkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat, “ katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) UPM-JAWHAR di sini.



MoU itu membuka peluang kepada kedua-dua pihak menerokai bidang wakaf, zakat dan haji/umrah khususnya penerokaan sumber-sumber baru yang dapat memberi manfaat kepada umat Islam.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata UPM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Dana Wakaf Ilmu yang mendapat sokongan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


“Melaui dana ini, sumbangan akan membiayai keperluan aktiviti akademik dan keilmuan untuk faedah semua warga kampus,” katanya.

Kejayaan UPM dalam Dana Wakaf Ilmu telah menarik minat JAWHAR untuk menjalinkan kerjasama bagi membantu mereka sebagai badan induk yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri mewujudkan institusi wakaf yang berkesan bagi membantu untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.

Berita ini disediakan oleh Aizat Faiz Zainal 03-89466154 dan foto oleh Noor Azreen Awang 03-89466199


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563510369