UPM Jalin Kerjasama Dengan Ewha Womans University Dari Korea Selatan | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM jalin kerjasama dengan Ewha Womans University dari Korea Selatan

UPM jalin kerjasama dengan Ewha Womans University dari Korea Selatan

Oleh Mohd Rezuan M. Aspar
Gambar oleh Hasrul Hamdan



SERDANG, 6 June (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ewha Womans University (EWU) dair Korea Selatan hari ini menandatangani satu pakatan untuk berkerjasama dalam berbagai-bagai bidang seperti pertukaran staf dan pelajar,  penyelidikan, latihan dan kebudayaan.

Memorandum persefahaman  (MoU) itu telah ditandatangani oleh Naib Canselor UPM,  Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Hj Ramlan manakala EWU yang bertapak di Seoul, diwakili oleh Dekan Kolej Sains Semula Jadi (EWU), Prof Sung Jin Kim.

Upacara itu disaksikan oleh Prof Dr Zainal Abidin Talib, Dekan Fakulti Sains UPM dan  Prof Lee Nam Sook, Ketua Jabatan Sains Hayat (EWU).

Antara kerjasama di bawah MoU tersebut ialah pertukaran staf dan pelajar, program akademik jangka masa pendek, penyelidikan, program mesyuarat saintifik,  sumber manusia, pembangunan keupayaan dan kebudayaan.

EWU adalah sebuah universiti swasta yang ditubuhkan pada 1886 dan dikatakan sebagai sebuah universiti untuk wanita yang terbesar  di dunia. Ia mempunyai lebih daripada 19,000 penuntut yang berdaftar, termasuk mereka di peringkat kolej dan pasca siswazah. – UPM

- mrma/kgo


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563454775