| Universiti Putra Malaysia

UPM jalin kerjasama akademik dengan 7 universiti Turki

Memorandum perjanjian antara UPM dengan Suleyman Sah Universiti bagi program pascasiswazah dan kerjasama akademik dan penyelidikan dengan Rektor Suleyman Sah University, Prof. Dr. Huseyn Ekiz.


SERDANG, 31 Mei - Delegasi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan menjalin kerjasama dengan tujuh buah universiti di Turki dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pertukaran staf dan pelajar.

Universiti tersebut ialah Yildiz Technological University, Sakarya University, Fatih University, Suleyman Sah University, Atartuk University, Suleymen Demierel University dan Middle East Technical University.

UPM membincangkan potensi dalam penawaran program dwi ijazah peringkat pascasiswazah dan kaedah meningkatkan kerjasama dalam bidang halal, program baharu Erasmus plus dan Horizon 2020 melibatkan kerjasama akademik oleh universiti dari Eropah.


Penyempurnaan memorandum hasrat antara UPM dengan Süleyman Demirel University bagi program dwi ijazah peringkat pascasiswazah bersama Rektornya,  Profesor Dr.Hossein Çarıkçı


Program Erasmus (European Community Action Scheme for the Mobility of University Students) adalah merupakan program pertukaran pelajar di bawah Kesatuan Eropah sejaktahun 1987 di mana Erasmus Plus (Erasmus merupakan program baharu untuk pendidikan, latihan, sukan dan belia untuk tempoh 2014-2020.

Ia bertujuan untuk memperkasa skil, kebolehdapatan kerja dan menyokong usaha pemodenan pendidikan, latihan, sistem belia dan mempunyai peruntukan besar sebanyak hampir €14.7 billion 40% lebih daripada peruntukan program sebelum ini.

Sementara Horizon 2020 merupakan program penyelidikan dan inovasi terbesar Kesatuan Eropah dengan jumlah peruntukan hampir €80 billion untuk tempoh 2014-2020 bagi menghasilkan lebih banyak kejayaan, penemuan baharu dan pertama di dunia dengan memanfaatkan idea terbaik dari laboratori ke pasaran.


Menandatangani perjanjian kerjasama dan pertukaran cenderamata dengan Rektor Fatih University, Prof. Dr. Muhit Mert


Menandatangani memorandum persefahaman dengan Sakarya Universiti dengan Rektor Sakarya University, Prof. Dr. Mehmet Ali Yalcin.


Naib Canselor selaku Presiden ASAIHL juga mencadangkan universiti berkenaan terlibat dalam program perkongsian hal ehwal akademik, pertukaran staf dan pelajar, penglibatan dalam bidang strategik dan penyelidikan dan pembangunan anjuran ASAIHL.

Usaha itu lanjutan daripada kejayaan program Mevlana Exchange tajaan kerajaan Turki di mana sehingga bulan ini, mobiliti staf/pelajar Turki ke UPM ialah 28 orang dan mobiliti staf/pelajar UPM ke university di Turki ialah 12 orang. UPM mengantar pegawai dan pelajar UPM menyertai program Mevlana sejak beberapa tahun lalu.


SXDdNAR~