| Universiti Putra Malaysia

UPM, ISN jalin kerjasama penyelidkan sains, perubatan, teknologi sukan

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

BUKIT JALIL, 25 Nov - Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Sukan Negara (ISN) menjalin kerjasama penyelidikan dalam sains, perubatan dan teknologi sukan.

Memorandum Persefahaman (MoU) itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli kepada Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 ISN di sini. 

Ia disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah, UPM, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail.

 

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, Ramona Mohd Rzali dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.

Ketua Jabatan Pengajian Sukan, FPP, UPM, Prof. Madya Dr. Tengku Fadilah Tengku Kamalden berkata MoU itu bagi memupuk kerjasama dalam bidang penyelidikan dan sains sukan, perkongsian kepakaran peralatan dan bahan penyelidikan serta penganjuran bersama mengenai pendidikan dan perkembangan pengajian. - UPM

SXETGAi~