UPM Holdings Sumbang RM50,000 Kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM Holdings sumbang RM50,000 kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia

UPM Holdings sumbang RM50,000 kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia

Oleh  Azman Zakaria
Foto oleh Marina Ismail



KUALA LUMPUR, 7 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi sumbangan RM50,000 kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia bagi membantu pelajar Malaysia di Mesir yang mengalami masalah kewangan.

Sumbangan daripada UPM Holdings Sdn Bhd itu disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris kepada MenteriPendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, selepas majlis pelancaran tabung itu di sini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran. 

Datuk Seri Idris pada sidang media selepas melancarkan tabung itu berkata, lebih RM3.6 juta dikumpul hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan, syarikat korporat, universiti awam (UA) dan individu kepada berkenaan.

 



Tabung inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu ditubuhkan berikutan laporan media baru-baru ini bahawa seramai 150 pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian bidang perubatan, pergigian dan farmasi di lapan buah universiti di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar tunggakan yuran pengajian yang mencecah jumlah keseluruhan kira-kira RM4.5 juta.

Ada antara pelajar itu yang berada di tahun akhir dan hampir menamatkan pengajian.

Katanya, wang itu akan disalurkan secepat mungkin bagi membolehkan mereka mendudiki perperiksaan yang bermula November ini. - UPM

 


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860660