| Universiti Putra Malaysia

UPM dominasi pertandingan Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi Kebangsaan

Oleh: MA Syafiq Yunos

 

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) mendominasi kemenangan Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi Kebangsaan (PIN'18) dengan muncul juara kategori Doktor Falsafah, selain menduduki tempat ketiga dan serta hadiah saguhati kategori itu.

 

Pelajar UPM turut memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Ijazah Sarjana.

 

Bagi kategori Doktor Falsafah, Izwaharyanie Ibrahim menduduki tempat pertama melalui projek bertajuk "Modification of Three-Dimensional Printed Electrode with Cellulose Acetate Beads Infused with Cadmium Sulphide Nanoparticles and Graphene for Dual-functional Photo Electrochemical Sensor-adsorbent of Copper (II) Ions".

 

Beliau menerima trofi, sijil penyertaan dan wang tunai RM1,500.

 

Tempat ketiga kategori itu dimenangi Shafarina Azlinda Ahmad Kamal melalui projek bertajuk "Graphene-Conductive Inks as A Disposable Carbon Dioxide Gas Sensor".   Beliau menerima trofi, sijil penyertaan dan wang tunai RM500.

 

Seorang lagi pelajar UPM, Mohd Amirul Syafiq Mohd Yunos pula mendapat tempat saguhati kategori berkenaan dan menerima sijil penyertaan dan wang tunai RM100 melalui projek penyelidikan "Pembangunan Penyurih Radioaktif Nanopartikel Emas Industri untuk Pengesanan Awal Masalah Sistem Aliran dalam Industri Pemprosesan Kimia dan Petrokimia."

 

Sementara itu bagi kategori Ijazah Sarjana, Farah Najwa Nabila Mohd Hatta memenangi tempat saguhati untuk membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM100 melalui projek penyelidikan bertajuk "Microbial Nanofactories for Production of Silver Nanoparticles Utilizing a Locally Isolated Malaysian Bacterial Strain as an Alternative Source of Antimicrobial Agents."

 

Hadiah-hadiah disampaikan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis.  Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pengkomersialan) MESTECC, Datuk Kua Abun, dan Setiausaha Bahagian Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Dr. Abdul Kadir Masrom.

 

PIN'18 memberi peluang kepada pelajar Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah dalam mengetengahkan idea kreatif yang berinovatif untuk diserapkan dalam penyelidikan supaya mampu dilaksanakan bagi pembangunan nanoteknologi dan penghasilan bahan untuk diaplikasikan dalam pelbagai sektor industri.

 

Ia diadakan sempena Program Nano Kebangsaan (NanoKEB 2018) yang dianjurkan NNC di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil di sini dari  9 hingga 11 Oktober lalu.

 

NanoKEB adalah program tahunan NNC MESTECC bertujuan memberi pendedahan kepada umum mengenai nanoteknologi sebagai satu bentuk budaya serta sumber ekonomi ke arah negara berinovasi dan berpendapatan tinggi.

 

Program itu turut membuka ruang imaginasi yang luas berkaitan nanoteknologi yang lebih berinovatif yang berpotensi dilaksanakan pada masa depan. - UPM

 

 

WXETUAq~