UPM Dan Perdana University Tingkat Kualiti Akademik Dan Penyelidikan Bersama | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM dan Perdana University tingkat kualiti akademik dan penyelidikan bersama

UPM dan Perdana University tingkat kualiti akademik dan penyelidikan bersama

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

 

SERDANG, 27 April - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Perdana University menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan kualiti akademik dan penyelidikan bersama hari ini.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata kerjasama dengan institusi di dalam dan luar negara merupakan antara strategi UPM untuk meningkatkan kualiti dan kerelevanan program akademik dan penyelidikannya.

“Kerjasama ini melibatkan pertukaran akademik (latihan/penyelidikan), pertukaran pelajar pasca dan pra-siswazah, pertukaran maklumat, aktiviti penyelidikan bersama, latihan dan seminar bersama dan bengkel, pelantikan kakitangan sebagai perunding atau penilai luar bagi pembangunan program akademik yang baru,” katanya.

Memorandum persefahaman itu ditandatangani oleh beliau dan Naib Canselor Perdana University, Prof. Dr. Zabidi  Azhar Mohd Hussin. Turut hadir Timbalan Dekan Akademik (Perubatan) FPSK, Prof. Dr. Zamberi Sekawi dan Pendaftar Perdana University, Norpisah Mat Isa.

Hubungan akrab kedua-dua universiti terjalin sejak lawatan pengurusan UPM ke Perdana University pada 6 Julai tahun lalu diikuti beberapa mesyuarat susulan selepas itu. - UPM

 

Kemaskini:: 15/05/2018 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1531786208