| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur The Awesome Microbes Carnival untuk pupuk minat terhadap sains

Oleh Bello Samira Muhammad
Foto Marina Ismail

 



SERDANG, 19 Nov – Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioTech) Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini menganjurkan The Awesome Microbes Carnival untuk menggalakkan pelajar sekolah dan orang awam supaya mengambil dan mempelajari bidang sains secara serius di universiti.

Program itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Mikrobiologi, (Biotech), Putra Elite (PE) dan Pusat Maklumat Bioteknologi Malaysia (MABIC).

Dekan BioTech UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Mohd Yusoff berkata program itu berupa platform khidmat pembelajaran dalam perkongsian maklumat mikrobiologi dengan pelajar serta orang awam.

“Pelajar-pelajar berkenaan dari Semester Satu hingga Semester Tujuh mengambil bahagian dalam program yang menyeronokan itu dengan fokus terhadap kesan baik dan buruk mikroorganisma. Demonstrasi juga diadakan untuk orang awam mengenai mikrobiologi yang biasa terdapat dan universal,” katanya.



Beliau berkata mikroorganisma berlaku dalam putaran nutrient dan tenaga yang efisyen dan  “kita telah mengetahui menggunakan metabolisme natural untuk menghasilkan makanan bentuk baharu seperti yoghurt, baja dan makanan haiwan.”

Ketua Jabatan Mikrobiologi, Dr. Wan Zuhainis Saad pula berkata objektif karnival itu adalah untuk memperkukuhkan pembelajaran pelajar dan pada masa yang sama untuk mewujudkan kesedaran terhadap pendidikan sains.

“Pembabitan semua pelajar mikrobiologi akan mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam suasana yang menyeronokkan dan melahirkan minat yang mendalam untuk belajar. Saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur yang menjayakan karnival ini,” katanya.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Radin Shafierul Radin Yahaya pula berkata program itu memberikan gambaran jelas betapa pentingnya mikroorganisma terhadap manusia.

“Terdapat organisma yang baik dan buruk, tidak semuanya mendatangkan bahaya, saya pasti program ini memberi impak positif terhadap orang ramai dan kita akan mencapai matlamat kita,” katanya.  - UPM


SXDdJAZ~