| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur SKIK 2016 beri pendedahan kebolehpasaran pelajar selepas graduat


Oleh: Nurin Wahidah Binti Mohd Khalid dan Muhammad Hazarul Hadi bin Twosiman

SERDANG 12 Nov- Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Seminar Kemahiran Insaniah Kebangsaan (SKIK) 2016 bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan kebolehpasaran selepas bergraduat.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching berkata seminar seperti itu dapat mencungkil bakat pelajar serta memberi refleks dalam diri akan kebolehan yang dapat dimanfaatkan.

“Pelajar perlu mempunyai soft skills kerana ia penting untuk kegunaan dalam bidang kerjaya yang bakal diceburi serta pelajar yang berpendidikan tinggi bukan sahaja berpengetahuan bahkan mempunyai nilai yang boleh dicontohi,” katanya semasa merasmikan SKIK 2016 di sini.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata program itu adalah salah satu inisiatif dalam usaha melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang di persada akademik malah mempunyai kemahiran insaniah yang cemerlang.

“Program ini adalah platform untuk berkongsi idea dan pengalaman mengenai kepentingan kemahiran insaniah dalam diri pelajar serta menjadi medan untuk menyuburkan kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta,” katanya.



Sementara itu, seramai 3,500 peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UPM serta universiti awam (UA) menyertai SKIK 2016.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UPM, Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran serta Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Prof. Madya Dr. Paramasivam a/l Muthusamy.

Selain itu, Fizo Omar dan Aflin Shauki hadir selaku panel dalam perkongsian idea serta pengalaman mereka dalam bidang lakonan, pengacaraan dan perniagaan. - UPM


SXDdFAR~