| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur ICAN 2016 rai sumbangan rakan industri dan komuniti


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG –  Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program ‘Industry and Community Appreciation’ (ICAN 2016) bagi meraikan sumbangan rakan industri dan komuniti serta penganugerahan untuk program jaringan industri dan masyarakat yang berimpak tinggi.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata rakan industri dan komuniti mempunyai peranan tersendiri serta saling lengkap melengkapi bagi meneruskan usaha pembangunan negara dan masyarakat.

“Saya percaya lebih banyak program boleh dilaksanakan dan saya mengalu-alukan pelbagai bentuk perkongsian melalui kerjasama semua rakan universiti dari industri serta komuniti dari pelbagai disiplin.,” katanya.

Beliau berkata, UPM adalah universiti awam pertama yang mempunyai sistem pintar jaringan industri dan komuniti (ICRIS) yang mengumpulkan semua maklumat berkaitan jaringan industri dan komuniti di UPM.

“Komponen jaringan industri dan masyarakat akan digunakan untuk proses kenaikan pangkat untuk pegawai akademik pada tahun 2017 dan telah digunakan sebagai salah satu kriteria penilaian prestasi tahunan oleh pegawai akademik pada tahun 2015,” katanya.



Majlis kali ke-5 itu dianjurkan oleh UCTC bertujuan menghargai sumbangan rakan industri serta komuniti terhadap kerjasama dalam menjayakan fungsi jaringan industri dan masyarakat universiti.

Acara kemuncak majlis adalah penganugerahan kepada industri serta masyarakat dalam projek-projek berimpak tinggi, penglibatan pusat tanggungjawab (PTJ), staf UPM dan pelajar UPM yang cemerlang dalam hubungan dengan industri dan masyarakat.



Anugerah Rakan Industri Industri Terbaik diterima oleh Citi Foundation; Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Plus Berhad. Rakan Komuniti Terbaik iaitu Persatuan Kebajikan Anak-Anak Negeri Johor (PERKASA), Komuniti PPR Sg. Besi, Kuala Lumpur dan Komuniti Semberong, Kluang, Johor.

Projek Jaringan Industri Terbaik (Staf Akademik) diterima oleh Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia UPM,  Prof. Dr. Tengku Aizan Hamid dan Pensyarah Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. Zulkifli Idrus.

Projek Jaringan Komuniti Terbaik (Staf Akademik) Prof. Madya Dr. Halimi Mohd Saud dengan Projek Duta Jauhar “Benut Agricultural Transformation Scheme”, Pensyarah Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Dr. Ferdius @ Ferdaus Mohamat Yusuff,  ‘Projek Ternakan Kerang Andara Granosa dengan kaedah yang mampu memaksimumkan saiz kerang sebagai salah satu produk Perniagaan Koperasi Kg. Sg. Latoh Masai Bhd. dan Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof. Dr. Jayakaran Mukundan dengan ‘Program Kecemerlangan Bahasa Inggeris UPM-MARA.

Projek Jaringan Industri Terbaik (Staf Bukan Akademik), staf Institut Biosains, Julia Abdul Aziz dengan projek ‘Solution for Mass Production of Ficus Carica L. Seedlings through Tissue Culture’; staf Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Nurkhalizah Sarip dengan Projek Teratai Semai dan Pegawai Penyelidik Institut Biosains, UPM, Dr. Nor Asma Ab. Razak dengan projek Bangi Green Putera 2015.

Projek Jaringan Industri Terbaik (Pelajar), Bacelor Komunikasi, Muhammad Khairulanwar Rahmat dengan projek Kem Apresiasi Seni Bina Tradisional. Untuk Projek Jaringan Komuniti Terbaik (Pelajar), Bacelor Sains Pertanian, Muhammad Amiruddin Hashim Projek Duta Jauhar “Benut Agricultural Transformation Scheme”.

Bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) Terbaik Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, dan Akademi Sukan. - UPM


SXESXA4~