| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur GCBER bincang kelestarian ekonomi terkini

Oleh: Nurainul Syifa Mohd ‘Azini

Foto: Marina Ismail

SERDANG, 15 Ogos – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Global Conference on Business and Economics Research (GCBER 2017) bagi membincangkan mengenai tadbir urus dan kelestarian ekonomi perniagaan global.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata GCBER 2017 adalah platform untuk ahli akademik, profesional dan penyelidik  berinteraksi dan berkongsi maklumat dan kepakaran dalam akaun, kewangan, pengurusan, perniagaan dan ekonomi.

“Persidangan ini membuka peluang interaksi antara penyelidik dari lain kepakaran membincangkan permasalahan dalam perniagaan sejajar dengan tema tadbir urus kelestarian ekonomi perniagaan global di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Dekan FEP, Prof. Dr. Annuar Md Nassir berkata persidangan itu adalah pemangkin kepada budaya penyelidikan dan penerbitan hasil kajian ilmiah untuk meningkatkan kesarjanaan yang berteraskan kepada kualiti dan prestasi yang baik.

“Persidangan ini dapat membantu pelajar siswazah mendapat input dan cadangan daripada peserta dalam bidang berkaitan untuk penambahbaikan cadangan penyelidikan dan tesis mereka,” katanya

 

“GCBER juga mempromosikan kursus pascasiswazah dan program PhD di FEP serta  mewujudkan hubungan akademik yang positif bagi pertukaran maklumat,” katanya.

 

Persidangan itu turut menampilkan pelawat dari Kerusi Maybank (Cardiff University), Prof. Dr. Yusuf Karbhari yang membentangkan kajian beliau, ‘Enhancing Corporate Citizenship: Governance and Sustainability in Emerging Economies’.- UPM

 

SXDcSAv~