UPM – Kedutaan Jepun Anjur ‘Kimono Demonstration’ | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM – Kedutaan Jepun Anjur ‘Kimono Demonstration’

UPM – Kedutaan Jepun Anjur ‘Kimono Demonstration’

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto: Sabri Omar

 

SERDANG, 13 Julai – Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia menganjurkan program ‘Kimono Demonstration’ bagi mempromosikan budaya Jepun melalui kimono di kalangan pelajar dan staf UPM.

Penyelaras program, Farah Nurzakiah Ahmad Tajuddin berkata program itu adalah satu daripada acara sempena Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Diplomatik Jepun-Malaysia.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar UPM terutamanya yang mempelajari bahasa Jepun untuk melihat sendiri potongan kimono yang merupakan pakaian tradisi Jepun serta mendedahkan mereka kepada budaya Jepun,” katanya.

Wakil Kedutaan Jepun di Malaysia, Simon Kubota berkata kolaborasi itu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak untuk mengadakan pelbagai program kebudayaan Jepun di masa hadapan.

“Kami merancang menganjurkan kelas seni kaligrafi Jepun pada 30 Oktober ini di UPM dan berharap pelajar UPM mengambil peluang menghadiri program tersebut,” katanya.

Sementara itu, demonstrasi pemakaian kimono menampilkan pengajar khas dari Jepun, Kazuno Nakajima serta memberi peluang kepada peserta untuk mencuba sendiri pakaian itu serta mengenali pelbagai pakaian tradisional masyarakat Jepun antaranya Kimono dan Hakama. - UPM

Kemaskini:: 24/07/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860213