| Universiti Putra Malaysia

UPM 103 terbaik dalam Times Higher Education BRICS and Emerging Economies

Oleh Azman Zakaria


SERDANG,  3 Dis - Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat pencapaian membanggakan apabila disenaraikan pada ranking ke-103 terbaik daripada 200 universiti antarabangsa dalam Times Higher Education BRICS & Emerging Economies Rankings 2016.

Penarafan itu diumumkan melalui laman web The World University Rankings dengan melayari https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/2016/brics-and-emerging-economies.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata penyenaraian UPM dalam ranking THE BRICS & Emerging Economies itu merupakan kejayaan yang bermakna kerana ia meletakkan UPM sebagai antara 200 institusi pengajian tinggi terbaik dalam ranking yang membabitkan 48 buah negara itu.

“UPM mencatat 24.3 mata keseluruhan, dengan pecahan prestasi (performance breakdown) ialah Teaching (25.3), International Outlook  (50.1), Industry Income (34.2), Research (20.9), dan Citations (10.2),” katanya mengulas kejayaan terbaru UPM.

Selain itu ranking UPM mengikut indikator berada pada tangga ke 22 daripada 200 universiti dalam indikator International Outlook, indikator teaching, 80 dan indikator research, 66.

The Times Higher Education BRICS & Emerging Economies Rankings 2016 hanya membuat penarafan institusi pengajian tinggi dari 48 buah negara yang ditakrifkan oleh FTSE sebagai emerging (“Advanced Emerging”, “Secondary Emerging” atau “Frontier”) termasuk negara-negara “BRICS” seperti Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Bagaimanapun institusi pengajian tinggi daripada hanya 35 negara sahaja yang terpilih dalam senarai 200 terbaik.

“Jadi, kedudukan institusi anda dalam ranking  best research-led universities in the developing world adalah kejayaan besar,” kata editor THE Rankings, Phil Baty dalam kenyataan memaklumkan pencapian UPM itu. 


WXDTSAa~