| Universiti Putra Malaysia

UPM “KILLER BEES” tawan mahkota Divisyen 2 Liga IPT 2016


Oleh: Muhammad Al-Amin Mustafha

ARAU, 12 Nov - Pasukan Bola Sepak Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikenali dengan gelaran “UPM Killer Bees” dinobatkan secara rasminya sebagai johan dalam kejohanan Bola Sepak Liga Institut Pengajian Tinggi (IPT) Divisyen 2 bagi tahun 2016.

Dengan kejayaan itu telah melayakkan UPM Killer Bees untuk bermain di dalam Liga Bola Sepak IPT Divisyen 1 bagi tahun 2017. Dengan kejayaan sebagai johan divisyen 2, UPM Killer Bees membawa pulang jumlah wang tunai sebanyak RM 7,500.00.

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sukan Kemepnterian Pendidikan Tinggi (KPT), Tony Azman Hasan sempena perlawanan akhir Piala Menteri Pendidikan Tinggi yang diadakan di Stadium UiTM Arau, Perlis.

UPM Killer Bees telah mengharungi 11 perlawanan Bola Sepak bagi kejohanan liga divisyen 2 dengan mencatatkan 8 kemenangan, 2 kekalahan dan 1 seri dalam saingan liga yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016. - UPM

 


WXDcTAf~