Tuanku Canselor Anugerah 11 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Tuanku Canselor anugerah 11 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPM

Tuanku Canselor anugerah 11 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPM


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Norazreen Awang

PUTRAJAYA, 26 Ogos – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan anugerah terbaik kepada 11 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM pada Majlis Santapan Malam Rejimental 2016.

Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan (kategori Tentera Darat) dianugerahkan kepada Lt. Muda Abdussalam Ahmad, manakala Pegawai Kadet Kanan Terbaik Keseluruhan (kategori Tentera Laut), Lt. Muda Muhammad Syafiq Ardzemi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pro Canselor UPM, Tan Sri Dr. Nayan Ariffin; Tan Sri Lim Ah Lek dan Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.



Bagi kategori Tentera Darat, Pegawai Kadet Lelaki Terbaik ialah Lt. Muda Ahmad Syahir Hidrat; Pegawai Kadet Terbaik Wanita Terbaik, Lt. Muda Khalida FazziraLatiff; Pegawai Kadet Akademik Ketenteraan Terbaik, Lt. Muda Khairul Najmuddin Abd Karim; Pegawai Kadet Kawat Terbaik, Lt. Muda Muhammad Haziq Farhan Abd Ghani; Pegawai Kadet Terbaik Akademik Ketenteraan, Lt. Muda Khairul Najmuddin Abd Karim; dan Pegawai Kadet Terbaik Akademik, Lt. Muda Nordahiyah Sahruddin.

Untuk kategori Tentera Laut, Pegawai Kadet Kanan Lelaki Terbaik ialah Lt. Muda Mohamad Irwan Md Yusof; Pegawai Kadet Kanan Wanita Terbaik, Lt. Muda Intan Nur Nadhirah Noor Esam; Pegawai Kadet Laut Terbaik Pengajian Ketenteraan, Lt. Muda Mohamad Alias Selamat; dan Pegawai Kadet Laut Terbaik Akademik, Lt. Muda Mohammad Omar Shaiffudin Hishamudin.

Malam Rejimental merupakan majlis tahunan. Ia diadakan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UPM Ambilan Ke-35 (Darat) dan Ambilan Ke-10 (Laut) yang berjaya menjalani latihan ketenteraan. – UPM


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511183781