TPM Lancar Buku Hang Tuah: Catatan Okinawa | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » TPM lancar buku Hang Tuah: Catatan Okinawa

TPM lancar buku Hang Tuah: Catatan Okinawa


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Nov
– Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan buku Hang Tuah: Catatan Okinawa yang ditulis oleh pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin.

Penulisan buku tersebut yang membuktikan kewujudan Hang Tuah semasa kegemilangan Empayar Melaka adalah hasil kajian yang dijalankan di Okinawa, Jepun dengan bantuan Kementerian Pendidikan negara berkenaan.

Buku itu turut mempunyai catatan Empayar Ryukyu yang kini dikenali sebagai Okinawa dan hubungan diplomatik antara Empayar Melaka yang tercatat di dalam Rekidai Hoan, iaitu sebuah dokumen sejarah yang diperakui sahih oleh para sarjana serta penemuan arkeologi membuktikan kewujudan Hang Tuah.

Catatan buku tersebut mengesahkan Laksamana Hang Tuah adalah diplomat Empayar Melaka ke India, Turki dan Patani, serta pengaruh dan kekuatannya diperakui pelbagai pihak seantero dunia.



Sementara itu, UPM turut memenangi Anugerah Buku Negara 2015 bagi kategori Anugerah Perdana Za’ba (Tokoh Linguistik) melalui Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa.

Kategori Pengajian Tinggi Buku Biografi Terbaik dimenangi oleh Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Prof. Madya Dr. Raja Masittah Raja Ariffin, manakala kategori Anugerah Industri, Buku Umum Terbaik (Kategori Kulinari), Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Madya Dr. Azrina Azlan.



Kategori Kajian Warisan pula dimenangi Prof. Madya Dr. Abdul Mua’ti @Zamri Ahmad, dan  Kategori Herba oleh Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Dr. Chong Gun Hean. - UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860179