| Universiti Putra Malaysia

Tiga pensyarah UPM dianugerahkan Malaysia’s Rising Star Award 2016


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

PUTRAJAYA, 1 Nov – Tiga pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jinap Selamat, Prof. Madya Dr. Lim Hong Ngee dan Prof. Dr. Mohd Rafii Yusof dianugerahkan Malaysia’s Rising Star Award (MRSA) oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Prof. Dr. Jinap, Pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan menerima anugerah Frontier Researcher; Prof. Dr. Rafii, Pensyarah Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian menerima anugerah International Collaboration; dan Prof. Madya Dr. Lim, Pensyarah Jabatan Kimia, Fakulti Sains bagi kategori Young Researcher.

Sementara itu, UPM turut menerima pemberian Skim Galakan Penerbitan (CREAM) 2016 bagi Kategori Scopus, International Food Research Journal dan kategori Jurnal Berpotensi, Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science.



MRSA memberi pengiktirafan kepada penyelidik saintifik Malaysia berdasarkan sitasi penerbitan ilmiah di dalam pangkalan data antarabangsa oleh dua agensi pengindeksan antarabangsa utama iaitu Web of Science (WoS) dari Clarivate Analytics dan Scopus dari Elsevier.

Selain itu, lima kategori MRSA telah dianugerahkan oleh dua agensi pengindeksan antarabangsa, Clarivate Analytics memberi penganugerahan penyelidik Malaysia berdasarkan kategori Frontier Researcher, Young Researcher dan Highly Cited View. Elsevier memberi penganugerahan bagi kategori Women in Science dan International Collaboration. - UPM

 


WXDdUAY~