| Universiti Putra Malaysia

Tiga pelajar FBMK raih tempat ketiga Golden Achievement Awards

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh
Gambar oleh Marina Ismail

PULAU PINANG, 29 Sep - Seramai tiga pelajar Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu Farihah Hanum Ahmad, Tan Jia Siang dan Haslina Ramlee mendapat tempat ketiga (The Best Public Service Announcement) pada Majlis Golden Achievement Awards 2013 di sini baru-baru ini.


Tan Jia Siang (Kiri) dan Farihah bersama-sama trofi mereka di Golden Achievement Award 2013


Penerbit Video pelajar FBMK, Mohd Rizal Helmi berkata pelajar-pelajar dari Kumpulan Infiniti itu meraih hadiah wang tunai sebanyak RM500 berserta trofi dan merupakan finalis kategori Public Service Announcement ( PSA ) dengan projek Pray.

"Kumpulan Infiniti telah menghantar pencalonan mereka ke Kolej Han Chiang setelah Kolej Han Chiang yang membuka pertandingan itu kepada semua Institusi Pengajian Tinggi.

"Pray mengisahkan tentang keganasan rumah tangga yang mampu memberi kesan kepada insan di sekeliling terutamanya anak-anak hingga mendorong mereka membunuh diri kerana tekanan perasaan," katanya.

Farihah berkata kejayaan itu mendorong mereka untuk bertanding di peringkat Festival Filem Pelajar ke 10 yang akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia.


Antara pemenang, Haslina Ramlee (kiri)


Masing-masing yang merupakan pelajar jurusan Komunikasi (Penyiaran) menerima hadiah daripada pihak penganjur.

Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh kumpulan pelajar dari Management & Science University (MSU) dan Universiti Sains Malaysia.

Sebanyak 20 IPT telah menyertai pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu The Best Public Service Announcement dan The Best Video/TV Commercial.


WXESUAZ~