The Malaysia Book Of Records Iktiraf Program Jom Zafina Bersama Warga UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » The Malaysia Book Of Records iktiraf program Jom Zafina Bersama Warga UPM

The Malaysia Book Of Records iktiraf program Jom Zafina Bersama Warga UPM

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto Oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

 

SERDANG, 14 Sept – Program Jom Zafina Bersama Warga Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records dalam kategori “Largest Participants Im A ‘Zafina’ Fitness Performance”.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata program itu adalah aktiviti gaya hidup sihat melalui tarian yang mendapat tempat di kalangan masyarakat masa kini.

“Program berbentuk tarian kecergasan ini tidak membosankan dan merupakan aktiviti menarik yang boleh menjadi rutin senaman seharian. Ia mampu meningkatkan kesihatan dan sebagai permulaan yang baik dalam memartabatkan senaman kesihatan dalam bentuk tarian,” katanya.

Program anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM; Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM dan Kumpulan Zafina Fitness itu disertai 6,278 orang daripada kalangan pelajar dan staf UPM serta komuniti sekitar  - UPM

 

Tarikh Input: 03/10/2019 | Kemaskini: 03/10/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKUPA:15:38