| Universiti Putra Malaysia

Suami isteri miliki bacelor

Oleh: Law Kai Wei dan Kavitha A/P Gnanavelan
Pelajar Bachelor Pengajian Pengguna dan Pelajar Bachelor Sains Pembangunan Manusia

SERDANG, 13 Jan ─ Sepasang suami isteri Pang Way Ken, 26, dan isterinya Chia Xin Yi, 26, berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, menerima ijazah bacelor pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-44, hari ini.

Pasangan itu menyeimbangkan masa untuk rumah tangga dan pelajaran, terutamanya kerana perlu turut memberi penumpuan kepada cahaya mata yang masih kecil.

Mereka yang bekerja sebagai agen insurans juga menyusun perancangan masa  supaya tidak berdepan situasi kelam-kabut dalam pelajaran dan pekerjaan.

Pang berkata, sebagai agen insurans, mereka mempunyai ahli kumpulan yang aktif di bawah mereka, dan oleh itu perlu bekerja keras.

“Jangan berputus asa dan perlu berani untuk menghadapi risiko sama ada dalam pembelajaran atau pekerjaan,” katanya yang sudah memiliki rumah.

Katanya, ketika menjadi pelajar, seseorang itu juga boleh menjadi usahawan jika berusaha bersungguh-sungguh. - UPM

SXDdWAe~