| Universiti Putra Malaysia

Serdang Angels juara Kejohanan Ragbi Antarabangsa Desaru Johor 7s


Oleh: Muhammad Al-Amin Mustafha

JOHOR BAHRU, 30 Okt - Pasukan ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Angels mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Antarabangsa Desaru Johor 7s 2016 untuk muncul juara pada pertandingan yang berlangsung di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor.

Serdang Angles dinobatkan johan kategori kelab tempatan selepas menewaskan Blue Tigers RC 24-14 pada perlawanan akhir untuk membawa pulang hadiah RM5,000.

Pengurus pasukan ragbi UPM, Muhammad Zyuraidi Abdul Majid berkata penyertaan dalam kejohanan itu adalah antara persiapan untuk Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2016 pada 14 hingga 20 November 2016 di UPM.

Berikut keputusan perlawanan Serdang Angels dalam kejohanan itu:

Peringkat kumpulan
1. Serdang Angels 70 - 0 Whitefox
2. Serdang Angels 7 - 7 Blue Tigers RC

Separuh akhir
Serdang Angels 29 - 10 Mersing Eagles

Akhir
Serdang Angels 24 - 14 Blue Tigers RC


SXDdQAa~