Serdang Angels Cipta Kejuaraan Hatrik Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2016 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Serdang Angels cipta kejuaraan hatrik Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2016

Serdang Angels cipta kejuaraan hatrik Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2016


Oleh: Nurulasyikin Tuan Mustapha dan Noorhidayah Abdul Latif
Foto: Sportflex Malaysia

SERDANG, 20 Nov – Pasukan ragbi Universiti Putra Malaysia, Serdang Angels mengekalkan kejuaraan Kejohanan Ragbi Super 8 (IPT) apabila muncul juara edisi 2016, sekali gus mencipta kejuaraan hatrik kejohanan itu apabila menumpaskan UiTM Lions pada perlawanan akhir.

Serdang Angels mempamerkan aksi menarik untuk menundukkan UiTM Lions  49-27 pada Kejohanan Ragbi Super 8 ( IPT) 2016 itu yang diadakan di Stadium UPM Serdang.

Selepas mendahului 20–7 pada separuh masa pertama, Serdang Angels meneruskan momentum dengan  melancarkan gerakan menarik meskipun cuba diberi tentangan oleh UiTM Lions.

Serdang Angles kekal fokus sepanjang aksi final untuk dinobatkan juara Kejohanan Ragbi Super 8 ( IPT) 2016. 

Selaku juara, Serdang Angels menerima trofi dan wang tunai RM5,000. - UPM


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506248173