Seramai 3,428 Pelajar Baharu UPM Lafaz Ikrar | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Seramai 3,428 pelajar baharu UPM lafaz Ikrar

Seramai 3,428 pelajar baharu UPM lafaz Ikrar

Oleh Alex Ardiansyah

 

                                                                            

 

SERDANG 12 Sep – Seramai 3,428 orang pelajar baharu semester pertama sesi 2017/2018, Universiti Putra Malaysia (UPM) melafazkan ikrar pelajar baharu yang dipimpin oleh Mohd Azam Mohd Shari di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.

Mohd Azam mewakili seluruh baharu pelajar menyerahkan teks ikrar kepada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Datin Paduka Dr.Aini Ideris sebagai simbolik majlis.

Prof. Datin Paduka Dr.Aini menyeru konsep ihsan dihayati iaitu setiap amal pekerjaan dibuat dengan ikhlas dan efisien untuk mencapai kualiti cemerlang.

“Pelajar universiti harus yakin, berbangga, bersedia menghadapi cabaran dan menjauhkan diri dari pengaruh pengganas seperti daesh, dadah dan perniagaan piramid,” katanya.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Iqbal Saripan; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

 

Tarikh Input: 12/10/2017 | Kemaskini: 12/10/2017 | syifarida

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1542619923