Seramai 170 Pelajar Sertai Program Let’s Listen To Nature 5.0 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Seramai 170 pelajar sertai program Let’s Listen To Nature 5.0

Seramai 170 pelajar sertai program Let’s Listen To Nature 5.0

Oleh: Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Muhammad Hafizi Ramli Muhammad, Nur Hannah Muhamad Faizal, Nur’Ain Sarah Ramli, Hafizzudin Ibrahim dan Nur Farah Amelia Soon Hilmi Soon

SERDANG – Seramai 170 pelajar daripada pelbagai peringkat pengajian. menyertai program ‘Let’s Listen To Nature 5.0 2021’ yang bertujuan menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar serta kesihatan mental, dan mempraktikkannya dalam norma baharu.

Program dari 16 sehingga 20 Jun 2021 itu bertemakan ‘Nurture Nature, Save Future.’ Ia dianjurkan Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga Ahli Bersekutu MySTEM Ambassador UPM dengan kerjasama Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kelab Mahasiswa Psikologi dan Kerja Sosial (PSYCLUB), UKM, Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) UKM, serta Kelab Mahasiswa Psikologi dan Kerja Sosial (PSYCLUB), UKM.

Lima kategori iaitu  Kategori 1: BioInfluencer yang merangkumi Challenge 1: KameraON! dan Challenge 2: Tiktok Scientist;  Kategori 2: PosteRACE;  Kategori 3: Recycle Assemble;  Kategori 4: Eksplorasi Minda “Sketchful Psychobiology”; dan Kategori 5: Explore Bioself (Online Tour and Personal Diary) serta Forum: How nature affect your wellbeing dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian ekoran pandemik COVID-19.

Let’s Listen To Nature 5.0 2021 melibatkan penyertaan dari PPA Desa Rejang (tujuh), PPR Pantai Ria (lapan), PPR Seri Pantai (empat) dan lain-lain (151). Penyertaan turut melibatkan dari Kolej GENIUS (139), Sekolah Menengah Sains (lima), ), Sekolah Menegah Kebangsaan (empat), dan masing-masing satu dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Tunku Kurshiah, dan Sekolah Kebangsaan.

Penasihat Program dan KMB, Dr Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, berkata tema ‘Nurture Nature, Save Future’ menggalakkan peserta untuk terlibat secara aktif dalam visi melestarikan alam sekitar ke arah yang lebih bersih dan bebas daripada pencemaran.

“Berbeza daripada aktiviti KMB yang dianjurkan sebelum ini, Let’s Listen To Nature 5.0 2021 dianjurkan bersama BioSuperhero Outreach 3.0 dari KMB dan Semarak Remaja 1.0 dari PSYCLUB, UKM. ‘Let’s Listen To Nature 5.0 2021’ adalah inisiatif UPM, khususnya, usaha Jabatan Biologi untuk melahirkan pelajar yang mengambil berat terhadap persekitaran.

Pengarah program, Muhammad Hafizi Ramli berkata situasi norma baharau merupakan cabaran bagi pelajar untuk lebih kritis dalam menyelesaikan masalah.

"Program ini untuk melahirkankan masyarakat yang prihatin alam sekitar dan kesihatan mental, terutama Ketika pandemik COVID-19. Saya berharap ‘Let’s Listen To Nature 5.0 2021’ dapat menjadi langkah proaktif untuk mewujudkan masa depan yang lebih mesra alam," katanya.

Tiga peserta yang aktif dalam program itu menerima penghargaan dan hadiah, masing-masing RM100 sumbangan daripada Fakulti Sains, UPM manakala tiga kumpulan yang memperoleh markah keseluruhan tertinggi dinobatkan sebagai pemenang dan menerima hadiah berjumlah RM2,250 yang ditaja oleh MTC-PERKASA dan RM1,000 oleh MySTEM UPM – UPM

Tarikh Input: 28/07/2021 | Kemaskini: 28/07/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKUCAP:02:29