| Universiti Putra Malaysia

Selepas dapat Master, suami isteri mahu sambung sambung Ph.D

Oleh Adzin Mohammad

SERDANG, 19 Nov – Pasangan suami isteri Redzuan Mohammad Suffian James dan Norwahyuni Mohammad Yusof mencipta kenangan manis apabila berjaya bergraduat bersama-sama dengan memperoleh ijazah Master Biokomposit Teknologi dan Rekabentuk (INTROP) pada Majlis Konvokesyen ke-43 Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Norwahyuni berkata, walaupun kurang masa bersama keluarga kerana fokus dengan kerja dan belajar tetapi beliau dapat menangani cabaran itu kerana ada suami di sisi.

“Hari bekerja kami fokus dan siapkan kerja secepat mungkin agar hujung minggu kami dapat meluangkan masa bersama,” katanya.

Redzuan pula berkata, beliau gembira dapat melalui semua itu bersama isteri, dan mereka berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Ph.D.

Mereka mendirikan rumah tangan pada tahun pertama pengajian Master selepas berkenalan semasa pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jengka. – UPM

WXETXA7~