| Universiti Putra Malaysia

PSAS menangi Bronze Award di InDeLib


Oleh: Mohd Dazuki Sahak

PULAU PINANG, 26 Mei – Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menang “Bronze Award” dalam pertandingan “International Innovation and Design in Library and Information Science Competition” (InDeLib), anjuran Universiti Teknologi MARA, (UiTM) Kedah.

Kumpulan PSAS iaitu Kumpulan Evolution Sigma mewakili UPM dalam pertandingan tersebut bertanding dalam kategori “perpustakaan” berjaya mendapat "Bronze Award" bagi projek inovasi yang bertajuk “The improvement of book shelving process through lean project in the UPM library”.

Kumpulan itu terdiri daripada pegawai di Bahagian Perkhidmatan Pengguna yang diketuai oleh Roslan Ariffin telah berjaya mengurangkan tempoh masa penyusunan buku dengan mereka bentuk semula proses kerja penyusunan buku.

Selain itu, projek inovasi tersebut telah memberi impak secara langsung kepada pengguna di mana ianya dapat  membantu pengguna mengakses bahan perpustakaan yang telah dipulangkan dengan lebih cepat.

Sementara itu, projek itu telah membantu PSAS menjimatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM126,000.00 setahun melalui penyusunan semula sistem kerja pegawai dengan mengoptimumkan staf sedia ada. - UPM


 


SXEUCAc~