| Universiti Putra Malaysia

Promosi Makanan Warisan Malaysia di Ritz Carlton Berlin

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

 

BERLIN - Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Dr. Shahrim Karim telah dijemput sebagai chef jemputan untuk program “A Taste of Malaysia” di Ritz Carlton Berlin, Jerman dari Julai 13 hingga 15, 2017. 

Kerjasama yang mendapat sokongan Kedutaan Malaysia di Berlin itu bertujuan untuk memperkenalkan makanan warisan Malaysia ke pesada antarabangsa.

Dalam program tiga hari itu, Ritz Carlton menawarkan tiga tema berbeza iaitu Business Lunch, Malaysian BBQ dan Street Food Market. Antara juadah yang telah dihidangkan ialah Rendang Sirloin, Rojak Penang, Udang Masam Manis, Nasi Tomato, Roti Jala dan Lontong.

  

 

Kebanyakan tetamu yang hadir menyatakan  kelazatan makanan Malaysia dan tertarik dengan citarasa makanan kita.

Dr. Shahrim juga berpeluang menyediakan makan tengah hari untuk 10 orang peneraju industri hospitality dan media di Berlin dan berkongsi ilmu kulinari Malaysia dengan beberapa chef Jerman.

Kejayaan program itu menarik perhatian Ritz Carlton untuk mengadakan program seumpama tersebut dengan skala yang lebih besar pada masa hadapan.

WXDcXAY~