| Universiti Putra Malaysia

PROGRAM SAMBUTAN PELAJAR ANTARABANGSA SESI 2019/2020

Oleh: Nisa Khairina Amirudin

Foto: Marina Ismail

 

 

SERDANG, 6 Sept – Pusat Antarabangsa (i-PUTRA®), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program sambutan pelajar antarabangsa baharu sesi 2019/2020 di sini.

Program ‘New International Students Welcoming Programme’ (NISWP) itu adalah inisiatif i-PUTRA® untuk memperkenalkan perkhidmatan sokongan dan kemudahan yang disediakan di UPM kepada pelajar antarabangsa baharu.

Pada program itu, beberapa taklimat disampaikan termasuk pengenalan LAX oleh Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), Pengenalan UPM dan i-PUTRA® oleh i-PUTRA®, dan mengenai peraturan serta undang-undang akademik dan urusan visa serta pas oleh Jabatan Imigresen.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan dalam ucapannya berkata, UPM adalah satu daripada lima buah universiti penyelidikan di Malaysia yang aktif dalam penyelidikan.

Katanya, UPM juga merupakan universiti kedua di Malaysia yang mempunyai bilangan pelajar prasiswazah antarabangsa yang teramai di negara ini dan menduduki tempat pertama bilangan pelajar pascasiswazah teramai.

 

“Pada sesi 2019/2020 ini, UPM menerima hampir 1,000 pelajar antarabangsa baharu. Seramai 490 daripadanya merupakan pelajar prasiswazah sepenuh masa manakala selebihnya merupakan pelajar mobiliti,” katanya.

Selain sesi taklimat, program iitu juga dilengkapi dengan pendedahan mengenai kampus UPM.

UPM mempunyai lebih 5,000 pelajar antarabangsa yang mendaftar daripada hampir 80 buah negara di seluruh dunia. - UPM

 

 

WXDcRAP~