Program Kelestarian Pertanian Putra H.E.P.A | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Program Kelestarian Pertanian Putra H.E.P.A

Program Kelestarian Pertanian Putra H.E.P.A

SERDANG, 19 Dis - PUTRA H.E.P.A cetusan idea Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Arifin Abdu menekankan konsep ‘Holistic, Empowerment, Patriotism, Advancement’ (H.E.P.A).

Terdapat lapan domain dan 29 elemen yang di ketengahkan dengan  tumpuan kepada kelestarian pertanian, pendigitilan, kesukarelawanan, kebolehpasaran graduan, pengantarabangsaan, keusahawanan, patrotisma dan perpaduan, serta kesejahteraan kehidupan.

Ia digarap bersama oleh semua entiti di bawah Pejabat TNC HEPA dengan mengambil kira penglibatan staf dan pelajar.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Program Kelestarian Pertanian telah digerakan terlebih dahulu melibatkan 10 kolej kediaman UPM kampus Serdang, Selangor dan Bintulu, Sarawak.

Kolej 17 memulakan hasrat di bawah domain kelestarian pertanian dengan melaksanakan Projek Fertigasi dan Aquaponik yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Arifin.

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Pengerusi Jemaah Pengetua, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah; Pengetua Kolej 17, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni; Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Nuruliman Ibrahim dan barisan ketua felo kolej kediaman UPM.

Projek itu memberi tumpuan kepada elemen kelestarian hijau dengan memastikan projek yang dilaksanakan adalah mesra alam dengan menekankan elemen agroteknologi iaitu memastikan projek yang diusahakan menggunakan teknologi pertanian.

Hasil tanaman yang diusahakan akan dipasarkan melalui kerjasama dengan agensi luar bagi mencapai elemen agrobusiness yang terdapat dalam domain kelestarian pertanian.

Prof. Dr. Arifin berkata projek Fertigasi dan Aquaponik merupakan inisiatif yang sangat baik hasil kerjasama antara staf dan pelajar Kolej 17.

“Saya mengharapkan projek tanaman lestari yang diusahakan ini akan terus konsisten dan berkembang dengan baik demi mencapai hasrat Putra H.E.P.A yang telah diperkenalkan,” katanya.

Prof. Madya Dr. Jasronita pula berharap Projek Tanaman Lestari yang diusahakan dapat membantu dalam memberikan idea kepada rakan-rakan kolej lain untuk turut sama menjayakan hasrat UPM sebagai pelopor bidang pertanian.

Domain-domain lain dalam PUTRA H.E.P.A akan digerakkan selepas ini oleh semua entiti di bawah Pejabat TNC HEPA. Usaha itu diharap mendapat kerjasama baik semua pihak bagi meningkatkan reputasi UPM sebagai universiti bereputasi antarabangsa. – UPM

 

Tarikh Input: 13/01/2021 | Kemaskini: 13/01/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKaOA3:14:19