| Universiti Putra Malaysia

Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit menang Khwarizmi International Award


TEHERAN, 5 Feb - Profesor Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit memenangi Khwarizmi International Award (kategori antarabangsa) kerana pencapaian projek-projek penyelidikannya.

Kemenangan itu membolehkan Mohd. Sapuan yang merupakan Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan UPM menerima hadiah bernilai USD2 ribu, trofi dan sijil.

Antara pencapaian projek penyelidikannya yang dinilai oleh sekretariat anugerah ialah ‘Preparation And Characterization Of Kenaf Reinforced Thermoplastic Composites’.

Sebelum ini seramai enam penyelidik daripada Malaysia telah meraih anugerah yang sama.

Anugerah disampaikan oleh Naib Presiden Satu Iran, Dr Mohammad-Reza Rahimi, sempena 26th Khwarizmi International Award (KIA) di sini yang dianjurkan oleh Iranian Research Organization for Science and Technology (IROST), Ministry of Science, Research and Technology.

Pemenang antarabangsa yang turut memenangi anugerah ialah dari Jordan, Pakistan, India dan Belarus sementara pemenang dari United Kingdom dan Jerman tidak hadir.

Berita ini disediakan oleh Khairul Anuar Muhamad Noh, 03-89467469


SXEUSA~