| Universiti Putra Malaysia

Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah terima Life Time Scientific Achievements Women Award 2019

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Marina Ismail

 

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Pensyarah Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM)  Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff menerima anugerah Life Time Scientific Achievements Women Award 2019.

Anugerah disampaikan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim, dan Alam Sekitar (MESTECC), Isnaraissah Munirah Majilis. Ia turut disaksikan Presiden Malaysian Invention and Design Sociesty (MINDS), Tan Sri Emeritus Prof. Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock.

Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah Beliau menerima anugerah itu atas kejayaan beliau menemui sejenis gen yang terdapat pada virus penyakit sampar ayam atau virus Newcastle disease (NDV), virus berjangkit itu boleh membawa maut kepada ternakan unggas, serta penyelidikan mengenai potensi virus memerangi sel kanser serta sumbangan dalam bidang mikrobiologi dan virologi. - UPM

 

WXDdTAo~