| Universiti Putra Malaysia

Prof. Taufiq Yap antara penerima anugerah Sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (empat dari kanan) menerima anugerah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439 Hijrah 

KUALA LUMPUR, 30 Nov - Profesor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin,  merupakan antara lapan penerima anugerah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439 Hijrah yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, baru-baru ini.

Prof Taufiq yang juga Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) menerima anugerah itu kerana sumbangan aktifnya dalam memupuk kemakmuran dan kesejahteraan Islam serta peranannya dalam bidang penyelidikan dan pendidikan tinggi.

Beliau yang merupakan Ketua, Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Katalisis UPM menerima wang tunai RM20,000, sebuah trofi serta sijil penghargaan.

Kesemua penerima anugerah terpilih berdasarkan sumbangan besar individu terbabit dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat kebangsaan dan global yang diiktiraf pelbagai pihak.

Majlis penyampaian anugerah itu, disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, sambil diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

 

WXDdCA6~