| Universiti Putra Malaysia

Prof Sapuan terima Anugerah Ikhtiar Promosi Penyelidikan

Oleh Thiviyah Manicam

                                                                             

SERDANG, 29 Dis – Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit menerima Anugerah Ikhtiar Promosi Penyelidikan (Endeavour Research Promotion Award) semasa majlis Jubli Perak Institut Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (IEEE) di Uttar Pradesh (UP), India pada 29 Disember 2017 lalu.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Danish Ather dari Kolej Sains Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat, Teerthanker Mahaveer University, Moradabad di sini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Keenam mengenai Sistem Permodelan dan Kemajuan dalam Tren Penyelidikan, (SMART 2017) yang dianjurkan oleh Kolej Sains Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat, Teerthanker Mahaveer University dari 29 hingga 30 Disember 2017.

Dalam persidangan tersebut, Prof. Mohd Sapuan menyampaikan kuliah utama tentang kepentingan penerbitan yang berkesan tinggi dan dampak penyelidikan terhadap masyarakat.

WXEUOAQ~