| Universiti Putra Malaysia

Prof Ir Dr Mohd Sapuan terima ‘SAE Outstanding Technical Paper Award’

By Azman Zakaria

Photo Marina Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Ir Dr Mohd Sapuan Salit menerima “Outstanding Technical Paper Award 2016” daripada Society of Automotive Engineers International Malaysia (SAE International Malaysia) hari ini.

Beliau menerima anugerah itu hasil penulisannya bertajuk “Implementation of the Expert Decision System For Environmental Assessment in Composite Materials Selection for Automotive Components” yang diterbitkan dalam “Journal of Cleaner Production 2015”. 

Beliau menerima sijil dan wang  tunai RM1,000 yang disampaikan pada “2nd International Conference on Sustainable Mobility” (ICSM 2017) SAE International Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Anugerah itu diberikan untuk penulisan teknikal terbaik oleh ahli SAE. Penulisan mesti berasaskan kepada kerja yang dilakukan oleh penulis utama mengenai sebarang tajuk yang secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan aplikasi automotif.

Prof Ir Dr Mohd Sapuan ketika ditemui melahirkan kesyukuran atas anugerah yang diterima itu, lebih-lebih lagi selepas pernah dipilih sebagai Felo SAE Antarabangsa pada 2015.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu saya memenangi anugerah ini,” katanya.

Katanya, beliau berharap ia akan sedikit sebanyak membantu menaikkan lagi imej UPM di peringkat nasional dan antarabangsa. – UPM

SXDdTA4~