Prof. Dr. Paridah Terima Anugerah StAr Awards 2015 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Prof. Dr. Paridah terima Anugerah StAr Awards 2015

Prof. Dr. Paridah terima Anugerah StAr Awards 2015


Oleh: Noor Eszereen Juferi

KUALA LUMPUR
-  Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Paridah Md. Tahir menerima Anugerah StAr Awards 2015 (kategori Anugerah Standard) baru-baru ini.

Beliau menerima wang tunai RM5,000, plak serta sijil yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Panglima MadiusTangau.

Prof. Dr. Paridah yang merupakan Pengarah Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM mempunyai kepakaran dalam bidang perekat dan Penyalut Kayu/Papan Komposit.

Sementara itu, Datuk Seri Panglima Madius berharap pengiktirafan yang diberikan akan menyemarakkan semangat dan memberi dorongan untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi serta menjadi sumber inspirasi kepada individu lain untuk terus terlibat secara aktif dalam aktiviti standardisasi dan akreditasi.

Penganugerahan yang dianjurkan oleh Jabatan Standard Malaysia itu yang kedua selepas penjenamaan semula Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi bermula tahun 2014. - UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511284564