Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris Dilantik Sebagai Presiden ASAIHL | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dilantik sebagai Presiden ASAIHL

Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dilantik sebagai Presiden ASAIHL


Oleh: Azman Zakaria

Bangkok, 10 Feb: Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris dilantik sebagai Presiden Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHL), bermula pada 1 Januari 2016.  

Setiausaha agung ASAIHL, Dr. Ninnat Olanvoravuth berkata Profesor Datin Paduka Dr. Aini akan memegang jawatan presiden ASAIHL sehingga Persidangan Agung ASAIHL dan pemilihan barisan kepemimpinan baharu yang akan diadakan di UPM, Disember tahun ini.

“Bagi pihak ASAIHL yang dianggotai 200 institusi, kami merakamkan setinggi tahniah kepada Profesor Datin Paduka Dr. Aini dan staf serta pelajar UPM atas pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UPM yang baharu,” katanya dalam surat ucapan tahniah beliau.

 “Kami menyanjung rekod panjang kejayaan UPM sebagai satu daripada universiti terbaik di Malaysia, dan sebagai antara yang terbaik di ASEAN, Asia dan Pasifik serta dunia,” kata Dr Ninnat. Katanya, ini adalah tanda kejayaan kesinambungan yang kukuh untuk berbakti kepada negara dan rakyat dalam dunia profesionlisme yang semakin berkembang”

“Kami yakin UPM akan terus berjaya di bawah kepemimpinan Profesor Datin Paduka Dr. Aini dan kami mendoakan kejayaan berterusan dalam mengekalkan standard kecemerlangan  akademik yang tinggi untuk tahun-tahun yang akan datang,” katanya.

Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dilantik sebagai Naib Canselor UPM pada 1 Januari, 2016. Beliau menggantikan Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Naib Canselor UPM pada 31 Disember 2015. -UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860291