PPDN UPM Perkasa Bidang Translasi Pengimejan Molekul Melalui ICTMIPs16 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » PPDN UPM Perkasa Bidang Translasi Pengimejan Molekul Melalui ICTMIPs16

PPDN UPM Perkasa Bidang Translasi Pengimejan Molekul Melalui ICTMIPs16


Oleh Nur Mahirah Ahmad Putera

SERDANG – Selaras dengan visi Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Pelan Strategik 2014 – 2020 untuk “Menjadi Sebuah Universiti Bereputasi Antarabangsa” Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), UPM menganjurkan “International Conference Translational Molecular Imaging and Aerospace Medicine and Physiology Showcase (ICTMIPs16)” yang julung kali diadakan di Malaysia. 

ICTMIPs16 yang dianjurkan pada 15 dan 16 April 2016 bertujuan memperkasa bidang translasi pengimejan molekul (bioteknologi-genetik-pengimejan molekul perubatan). Bidang translasi molekul perubatan adalah bidang yang berteraskan kepada paparan teknologi perubatan yang menggalak dan memperkenalkan translasi perubatan melalui pendidikan dan penyelidikan di samping menerajui bidang pengimejan molekul.

Ketua program, Prof Madya Dr Fathinul Fikri berkata program ICTMIPs16 itu menggabungkan bidang translasi pengimejan molekul dengan perubatan dan fisiologi angkasa lepas.

Persidangan itu diadakan kerana ia mempunyai potensi besar untuk berkembang ke peringkat nasional, katanya sambil menambah bahawa pihaknya bercadang menjadikannya sebagai acara tahunan PPDN.

ICTMIPs16 dianjurkan melalui kerjasama PPDN dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Agensi Angkasa Negara (Angkasa), College of Radiology dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).



ICTMIPs16 mendapat tajaan daripada SIEMENS yang membawa penceramah terkenal bidang Pengimejan Molekul dari Australia, Prof Rodney J Hicks. Antara penceramah yang turut serta ialah Prof. Emeritus Dr Leonard I Wiebe, Prof Emeritus Tom Sanders, Prof. Madya Peter Eu S.M, Prof Heinz-Peter Schlemmer dan Dr Ramdave Shakher. Ia juga disertai penceramah dari Malaysia yang membentangkan penyelidikan mereka pada sesi selari dengan sesi utama.

Juga diaadakan pameran oleh Siemens, PPDN, Angkasa, MPOB, Pertanika, Fakulti Perubatan UPM dan Perdana Universiti. Pada pameran ini para pengunjung dapat menyaksikan replika mesin MRI yang dibawa khas oleh Siemens, manakala  Angkasa membawa sut angkasa lepas untuk tatapan pihak pengunjung.

Program itu disertai 59 orang peserta dan 21 penceramah daripada pelbagai kumpulan sasaran seluruh dunia. Selain didedahkan dengan translasi pengimejan molekular, peserta yang terpilih pula dapat mempamerkan poster atau menyampaikan penyelidikan mereka secara lisan.

Pemenang poster terbaik menerima RM3,000 dan sijil sumbangan Prof. Dato’ Jalil Nordin pada Majlis Makan Malam yang dirasmikan Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Penganjuran itu memberi impak besar antaranya mewujudkan jaringan kerjasama berterusan melalui pertemuan, perbincangan dan penetapan bidang yang akan dijalankan secara usahasama dengan IAEA, JAXA dan German Cancer Research. Ia juga membuka kerjasama pertukaran pelajar di Monash University dan Peter MacCallum dalam bidang pengimejan molekul.   – UPM


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511033075