“Planting Is Fun" Pupuk Sifat Sayangkan Pokok Di Kalangan Kanak-kanak | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » “Planting Is Fun" pupuk sifat sayangkan pokok di kalangan kanak-kanak

“Planting Is Fun" pupuk sifat sayangkan pokok di kalangan kanak-kanak

Oleh Azman Zakaria


KAJANG, 25 Nov - Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan program khidmat masyarakat "Planting Is Fun" di Tadika Q-dees Hillpark di sini, bertujuan memupuk sifat sayangkan pokok di kalangan kanak-kanak tadika berumur empat  hingga enam tahun.

Program di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Rozi Mohamed itu dilaksanakan oleh 12 pelajar Fakulti Perhutanan UPM.

Kanak-kanak tadika itu diberi penerangan cara menanam pokok dengan betul.

Sebanyak 10 jenis pokok termasuk merawan siput jantan, karas, jambu madu, meranti daun besar, lengkuas padi, serta gandar lusa kemudian ditanam di kawasan tadika itu.

Pelajar-pelajar UPM turut membuat persembahan pendek untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan pokok kepada alam sekitar dan haiwan.

Aktiviti yang dijalankan itu berjaya menarik perhatian kanak-kanak itu.

Prof. Madya Dr. Rozi berkata, kanak-kanak seharusnya ditanamkan dengan semangat cintakan alam sekitar sejak kecil agar mewujudkan masyarakat yang mengambil berat dan  mementingkan kesejahteraan dan melestari alam. – UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860605