| Universiti Putra Malaysia

Pesta Ang Pau promosikan keunikan seni budaya Zhong Hua.


SERDANG, 29 Mac – Persatuan Senibudaya Zhong Hua, Universiti Putra Malaysia (UPM) mempromosikan keunikan budaya Zhong Hua kepada kaum lain melalui  Pesta Ang Pau (PAP) 2012 yang bertemakan ‘Sambutan perayaan dengan semangat UPM dan kerohanian naga’.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata pesta itu berjaya memperkenalkan senibudaya masyarakat Tionghoa kepada warga UPM pelbagai kaum.

“Secara tidak langsung pesta ini mampu mengukuhkan integrasi nasional antara warga UPM yang mempunyai perbezaan budaya,” katanya.



Tetamu kehormat yang menampilkan ahli lembaga Pengarah Institusi KOJADI, Lok Seng Kok berharap agar pesta itu dapat diteruskan setiap tahun.

“Sokongan UPM adalah sangat penting dalam menganjurkan karnival itu setiap tahun untuk memastikan budaya Zhong Hua dapat diperkenalkan kepada warga kampus dari masa ke semasa,” katanya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang PAP 2012 seperti tarian Melayu, tarian India, persembahan yoga, pertandingan meneka kata, pertandingan menyanyi, persembahan wushu dan persembahan drama.

Pengarah projek, Foo Chuan Yi berkata mereka menghadapi pelbagai kesulitan  selama empat bulan membuat persiapan seperti jumlah ahli jawatankuasa PAP yang semakin berkurangan.  



SXDdXAK~