| Universiti Putra Malaysia

Perisian UPM lindungi anak-anak daripada bahan lucah, pemangsa

Oleh Kuah Guan Oo
Gambar oleh Hasrul Hamdan



SERDANG,  22 Julai (UPM) – Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila membaca akhbar  mengenai seorang budak Malaysia ditangkap polis kerana memesan lima senapang patah melalui internet.

Apa yang jelas adalah dulu mereka boleh menghalang anak-anak daripada asyik menonton televisyen tetapi hari ini ibu bapa semakin sukar mengawal penggunaan Internet dengan bahan lucah dan ‘penjahat’ sentiasa mencari mangsa di kalangan orang muda dan naif.

Persoalannya adalah bagaimana ibu bapa dapat  melindungi atau menghalang orang dicintai daripada pelbagai bahaya itu sedang anak-anak dan kalangan muda giat menggunakan  laptop dan komputer di dalam bilik mereka di mana mereka sepatutnya membuat  kerja sekolah atau menelaah pelajaran?

Di pejabat-pejabat pula, ketua-ketua juga dilanda kebimbangan dengan komputer – mereka tidak tahu sama ada pekerja mereka benar-benar sibuk bekerja atau dengan senyap-senyap melayari Internet untuk bersuka-suka dan berhibur.

Sebenarnya ibu bapa mahupun ketua jabatan tidak perlu terus diragut kebimbangan lagi jika mereka boleh mendapatkan sebuah perisian yang dicipta oleh sekumpulan saintis komputer  Universiti Putra Malaysia (UPM) dipimpin oleh Prof Madya Dr Nur Izura Udzir dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Perisian dikenali sebagai “Global Monitoring and Surveillance System”  ini membolehkan ibu bapa atau majikan mengetahui  apa yang telah dilayari anak-anak atau pekerja mereka.

Perisian Dr Nur Izura itu membawa tuah apabila beliau meraih Pingat Perak di  Ekspo Perdagangan Malaysia 2013 Februari lalu dan sejumlah pertanyaan perniagaan daripada kalangan pengusaha ICT.

Beliau menjelaskan program itu  tidak akan kelihatan lagi setelah dipasang, tidak seperti sistem lain yang agak mahal di pasaran.

“Perisian itu akan memerangkap lelaman komputer dilayari  budak-budak atau pekerja dan ia boleh diperiksa kemudian,” kata beliau.

Beliau menjelaskan ibu bapa dan ketua perlu memantau lelaman dilayaari dan kemudian memadamnya serta menyekatnya daripada sistem menyebabkan anak-anak dan pekerja tidak lagi dapat mengakses lelaman yang tidak diingini itu.

“Ketika ini kita tidak ada perisian bijak untuk mengesan dan menapis lelaman tidak diingini sebelum anak-anak dan pekerja mengaksesnya tetapi sebenarnya keadaan ini boleh diperbaiki,” tegas beliau.

Bagi majikan khususnya, pilihan terbaik adalah Global Monitoring and Surveillance System  yang boleh antara lain mengurangkan belanja perisian, menyekat  pembocoran maklumat penting, melindungi maklumat syarikat daripada penceroboh, mengurangkan kegiatan jenayah, membolehkan data diperolehi semula dan mengurangkan juga laluan jaringan.

Beliau berkata perisian itu bijak hingga membolehkan majikan memantau jika berlaku pengkhianatan terhadap syarikat kerana ia mampu mengesan jika ada pekerja mencuri atau membocorkan rahsia syarikat.

Dr Nur Izura menjelaskan sebarang syarikat yang mahu melaksana atau membaiki sistem keselamatan dan daya penghasilan kakitangan mereka boleh memasang perisian ini yang melangkaui sempadan.

Beliau menarik perhatian ada sesetengah orang yang mengganggap perisian ini akan mengganggu privasi individu tetapi ia tidak demikian, kerana apabila seseorang bekerja untuk syarikat atau perbadanan, dia tentunya bersetuju mematuhi peraturan syarikat.

Komputer pejabat adalah alat digunakan oleh pekerja untuk membuat kerja dan ia adalah harta syarikat dan pekerja dikehendaki bekerja pada waktu pejabat dan tidak  terlibat dalam urusan kerja sendiri.

Bagi ibu bapa pula, ia boleh merupakan usaha memantau bagi memastikan anak-anak mereka  tidak menjadi mangsa penipuan atau terpengaruh dengan anasir-anasir  negatif.

Dengan memikirkan semua perkara inilah maka Dr Nur Izura bersama-sama kumpulan beliau termasuk rakan kerja dan mantan pelajar PhD, Dr Ali Dehghantanha, telah membuat pembaikan kepada perisian berkenaan sejak MTE 2013.

Perisian yang diperkemas itu kini membolehkan ibu bapa bukan saja memeriksa komputer anak-anak mereka, malah juga telefon bimbit dan konsol permainan.

“Ibu bapa bukan hanya boleh menyekat sebarang lelaman tidak diingini tetapi juga boleh menetapkan masa, katakan satu atau dua jam anak-anak mereka boleh bermain komputer,” kata beliau sambil menambah bahawa komputer akan tertutup secara automatik bila tiba masa ditetapkan.

Perisian untuk ibu bapa atau penggunaan individu adalah RM9.99 setahun tetapi kadar untuk syarikat berbeza mengikut saiz.

Dr Ali bekerja beberapa syarikaat kini sedang menilai perisian itu, sedang sebuah yang membincangkan perkara itu pada Mei lalu, sedang berusaha untuk mengintegrasikan perisian itu ke dalam program mereka. – UPM.

Untuk maklumat lanjut harap hubungi

Dr Nur Izura Udzir
Tel: +603 8947 1708
Email: izura@upm.edu.my atau
nurizura@gmail.com
- kgo/agn


SXDdFA~