| Universiti Putra Malaysia

Penyelidik UPM raih 7 emas ITEX, 1 Anugerah Khas


KUALA LUMPUR– Sebanyak 19 projek penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya meraih 7 pingat emas selain 1 Anugerah Khas, 6 pingat perak dan 2 pingat gangsa pada pameran 23rd International Invention, Innovation & Technology (ITEX).

UPM mempertaruhkan sebanyak 15 penyertaan bagi kategori Invention Competition dan 4 bagi kategori Malaysia Innovative Product Award (MIPA). Sebanyak 860 penyertaan daripada 14 negara-negara ASEAN, Asia dan Eropah telah menyertai pameran itu.

Penyelidik UPM juga memenangi 4 anugerah Malaysia Innovative Product Award (MIPA) pada pameran 17-19 Mei lalu di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC).

Pemenang pingat emas, Prof. Madya Dr. Sieo Chin Chin dari Institut Biosains turut meraih anugerah khas, INPEX Award, USA dengan produknya Phage Theraphy for Colibacillosis Control in Broiler Chickens.



Produknya mengawal serangan kolibasilosis pada ternakan ayam komersial memandangkan anti biotic sedia ada di pasaran tidak dapat mengatasi serangan itu.

Prof. Madya Dr. Jegatheswaran Ratnasingam dari Fakulti Perhutanan meraih emas dengan teknologinya, The Furniture Accountant, iaitu perisian yang dapat mengira kos dan jangkaan harga dalam industri membuat perabut.

Emas yang diraih oleh Prof. Dr, Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul ialah AT2 Lipase – Cool Active, Solvent Stable Enzyme for Industrial Applications, di mana enzim dapat diaplikasikan kepada industri-industri pembuatan sabun, kosmetik, farmaseutikal serta industri makanan dan minuman.

Produk pingat emas Halotolerant Staphylococcus Carnosus FS19 as a Potential Histamine Degrade, hasil penyelidikan Prof. Dr. Fatimah Abu Bakar dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan pula dapat mengurangkan masalah histamine yang berpunca daripada ikan yang ditapai.

Prof. Dr. Mahiran Basri dari Institut Biosains memenangi emas dengan produk Green Nano-Emulsion Intervention for Biopesticide Formulation iaitu perumusan pekat bio-racun perosak baru yang mengandungi sistem nanoemulsion hijau yang digabung dengan azadirachtin bioaktif.

Prof. Madya Dr. Rahmita Wirza O.K. dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, meraih emas dengan produk 3D Depth Measurement using Images via Rotational Optical Flow Magnitude yang mengukur koordinat 3 dimensi sesuatu objek.

Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff dari Fakulti Kejuruteraan meraih pingat emas dengan produknya, Oil Palm Bunches Ripeness Detection iaitu alat untuk mengesan tahap kematangan buah kelapa sawit.

Jualan produk-produk seperti Bacto-10 keluaran syarikat PhytoGold Sdn. Bhd, Therapeutic Herbal Bath, keluaran syarikat EtlinGEra Sdn. Bhd, baja Biochar, produk dari Prof. Dr. Mohd Ali Hassan, Healex Antiseptic spray dan Healex Antiseptic and Healing ointment, produk keluaran syarikat PhytoQuest Sdn. Bhd. dan buku-buku terbitan Penerbit UPM turut  dijual kepada pengunjung.

Hasil jualan tersebut amat memberansangkan dan mendapat tempahan dalam kuantiti yang banyak. Kejayaan pengkomersilan ini diharapkan dapat merangsang proses pemindahan teknologi penyelidikan UPM ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat sejagat.


Keputusan pingat perak, gangsa dan Malaysia Innovative Product Award (MIPA):

Pemenang Pingat Emas

1)  Prof. Sieo Chin Chin, Institut Biosains, Phage Therapy for Colibacillosis Control in Broiler Chickens

2)         Prof. Dr. Fatimah Abu Bakar, Fak. Sains dan Teknologi Makanan, Halotolerant Staphylococcus Carnosus FS19 as a Potential Histamine Degrader

3)         Prof. Dr. Mahiran Basri, Inst. Biosains, Green Nano-Emulsion Intervention for Biopesticide Formulation

4)         Prof Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman, Fak. Bioteknologi dan Sains Biomolekul AT2 Lipase – Cool Active, Solvent Stable Enzyme for Industrial Applications

5)         Prof. Madya Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat, Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, 3D Depth Measurement using Images via Rotational Optical Flow Magnitude.

6)         Prof. Madya Dr. Jegatheswaran Ratnasingam, Fak. Perhutanan, The Furniture Accountant

7)         Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, Fak. Kejuruteraan, Oil Palm Bunches Ripeness Detection

Pemenang Pingat Perak

1)         Prof. Dr. Zaharah Abdul Rahman, Fak. Pertanian, Nitrogen Contribution to Oil Palm by Mucana Bracteata Ground Over

2)         Prof. Madya Dr. Maheran Abd Aziz, Inst. Pertanian Tropika, Heat Tolerant Broccoli

3)         Prof. Madya Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah, Inst. Pertanian Tropika, Bacterial-Metal Ions Biosensor (Bacmions)

4)         Prof. Dr. Fakhrul Razi Ahmadun, Fak. Kejuruteraan, Bioremediation of Crude Oil Contaminated Soil with Solid Polymer Partitioning Bioreactor

5)         Prof. Madya Dr. Ahmad Rodzi Mahmud, Inst. Teknologi Maju, Automated Property Valuation Model

6)         Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, Fak. Kejuruteraan , Fresh Fruit Bunch (FFB) Hyperspectral Scanner

Pemenang Pingat Gangsa

1)         Prof. Madya Dr. Ahmad Makmom Abdullah, Fak. Pertanian, Remote Sensing and GIS

2)         Prof. Dr. Hashim Musa, Fak. Bahasa Moden dan Komunikasi, A Great Literary Work in Malay: The Heritage of Raja Ali Haji

Kategori Malaysia Innovative Product Award (MIPA)

1)         Prof. Dr. Zulkifli Shamsudin, Fak. Pertanian, Bacto-10, Liquid Biofertilizer for Sustainable Crop Production

2)         Prof. Madya Dr. Faridah Qamaruzzaman, Inst. Biosains, Therapeutic Herbal Bath

3)         Dr. Rosnah Shamsudin, Fak. Kejuruteraan, Rolled Tart Machine

4)         Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, Fak. Kejuruteraan, Real Time Oil Palm Fruit Bunch Grading System

Anugerah Khas INPEX Award USA

1)            Prof. Madya Dr. Sieo Chin Chin, Inst. Biosains, Phage Therapy for Colibacillosis Control in Broiler Chickens

Berita oleh Hafliza Hussin (RMC) dan foto oleh Saleha Haron



SXDdSAq~