| Universiti Putra Malaysia

PENSYARAH UPM TERIMA GERAN ANUGERAH MERDEKA 2014

Oleh Noor Eszereen Juferi
Foto oleh Noor Azreen Awang



KUALA LUMPUR, 4 Sept  – Pensyarah Kanan Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Lim Hong Ngee menerima Geran Anugerah Merdeka 2014 bagi menjalankan kajian kit pengesanan kanser payudara daripada ujian darah menggunakan teknologi nano.

Geran tersebut disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka yang membolehkan beliau melaksanakan kajian pendek  di institusi luar negara terpilih.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Anugerah Merdeka 2014, geran itu memberi peluang kepada penerima untuk memperkukuhkan serta berkongsi pengetahuan bidang penyelidikan untuk pembangunan kerjaya di masa akan datang.


Sultan Nazrin Muizzudin Shah bersama Dr. Lim Hong Ngee (kanan) dan Dr. Kamalan Jeevavatnam pada majlis penyampaian Anugerah Merdeka 2014


Dr. Lim dipilih oleh Lembaga Pengamanah Anugerah Merdeka untuk menerima geran jangka pendek bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan berusia di antara 22 dan 35 tahun dalam projek kolaboratif atau program di institusi terkemuka antarabangsa.

Anugerah Merdeka itu diwujudkan oleh PETRONAS, ExxonMobil dan Shell pada 2007 untuk mengiktiraf serta sebagai  ganjaran kepada rakyat Malaysia dan bukan Malaysia yang telah memberi sumbangan kepada penduduk dan negara.

Sementara itu, Dr Lim Hong Ng Hee menerangkan kajian yang beliau jalankan adalah mengenai strategi makmal-pada apak untuk mengesan kanser lebih awal masih belum matang dalam dunia sebenar.



“Dengan penyelidikan tersebut ianya merealisasikan permohonan sebenar strategi makmal-pada-tapak agar orang ramai dapat memanfaatkan teknologi ini. Selain itu ini menyediakan penyelesaian segera pengesahan kanser payudara bagi wanita yang tinggal di kawasan pedalaman,” katanya.

 
Tambah beliau kekuatan projek beliau adalah untuk mensintesis nanokomposit berasaskan grafin untuk pengubahsuaian elektrod bagi meningkatkan isyarat elektrokimia untuk mengesan penanda biomarker payudara. - UPM


SXDdNAY~