Pensyarah UPM Terima Fulbright Visiting Scholar Award 2016-2017 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pensyarah UPM terima Fulbright Visiting Scholar Award 2016-2017

Pensyarah UPM terima Fulbright Visiting Scholar Award 2016-2017


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Hamdan Ali


KUALA LUMPUR, 21 Jun -  Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Wong Mui Yun menerima Fulbright Visiting Scholar Award 2016-2017 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pewakilan, Kedutaan Amerika Syarikat, Edgard D. Kagan, di Pejabat Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE).

Beliau menerima sijil anugerah dan tajaan fellowship untuk menjalankan penyelidikan jangka pendek di University California Riverside, Amerika Syarikat selama empat bulan mulai September 2016.

Dr. Wong berkepakaran dalam bidang Patologi Tumbuhan dan Bioteknologi. Tumpuan beliau adalah dalam penyelidikan berkenaan diagnosis penyakit tumbuhan, kawalan biologi dan patologi tumbuhan molekul terutamanya dalam interaksi perumah-patogen pada pokok kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sementara itu, Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah suruhanjaya binational untuk Malaysia dan Amerika Syarikat untuk mempromosikan pertukaran pendidikan antara kedua-dua negara.

Malaysian Fulbright Scholar Program memberi peluang kepada para akademik Malaysia untuk membangun atau mengemaskinikan penyelidikan mereka melalui interaksi dengan para akademik yang bereputasi tinggi di Amerika Syarikat.

Dengan memberi satu mekanisme dan sokongan untuk perjumpaan dan interaksi dengan scholar Amerika yang terbaik, program ini mempunyai matlamat untuk mempromosikan dialog mutual interest di antara Malaysia dan Amerika Syarikat. - UPM


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511183988