| Universiti Putra Malaysia

Pensyarah UPM terima anugerah Top Research Scientist Malaysia 2016


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Mohd Hasrul Hamdan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Latiffah A. Latiff menerima anugerah Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2016.

Prof. Dr. Latiffah menerima sijil pengiktirafan dan trofi yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.



Sementara itu, TRSM anjuran Akademi Sains Malaysia sejak tahun 2010 mengiktiraf saintis serta penyelidik di Malaysia yang aktif dalam penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang transformasi sosio-ekonomi negara.

Selain itu, TRSM bertujuan untuk mengiktiraf dan mempamerkan pencapaian saintis penyelidikan Malaysia sebagai model contoh kecemerlangan, mentor kepada generasi akan datang dan pemimpin untuk melangkah ke hadapan dengan agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. - UPM

 


SXDdOAu~